[VIDEO] Kes Covid-19 7 Sep, 2020 | 62 kes baharu
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan, sehingga 7 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 62 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,459 kes.
Dimaklumkan daripada 62 kes baharu yang dilaporkan, enam kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara.
Daripada 62 kes baharu yang dilaporkan, 56 kes adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan 30 warganegara Malaysia dan 26 bukan warganegara.
Setakat ini, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes. – 7 September, 2020.
Komen