[VIDEO] 948 kawasan pulih gangguan setakat pagi tadi
SEBANYAK 948 kawasan pulih akibat ganguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang setakat 6.30 pagi tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata baki 344 kawasan masih dalam proses pemulihan.
Wilayah Hulu Selangor adalah kawasan pertama mencatat peratusan pemulihan sepenuhya 100 peratus.
Jelas Elina lagi, Air Selangor sedang berusaha menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan yang masih terjejas antaranya di Kuala Selangor,Petaling, Gombak, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam.
Ganguan bekalan air di sekitar Lembah Klang bermula sejak Khamis apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah. – 7 September, 2020.
Komen