[VIDEO] Guan Eng cabar Zafrul, dedah senarai penuh


Sumardi Susilo

BEKAS menteri kewangan Lim Guan Eng mencabar Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, mendedahkan 101 projek dikatakan berjumlah RM6.6 bilion yang diberi secara rundingan terus oleh pentadbiran lepas.

Lim berkata pentadbiran sebelum ini mengamalkan tender terbuka tetapi ada beberapa pengecualian dan syarat tertentu termasuk keputusan Jemaah Menteri.

Tegasnya lagi, beliau mahu Tengku Zafrul mendedah syarikat mana yang berjaya mendapat tender, serta menteri mana yang memohon kelulusan rundingan terus.

Dewan Rakyat semalam kecoh apabila ahli parlimen dari kedua-dua belah kerajaaan dan pembangkang menuntut Zafrul menyenaraikan semua projek yang dimaksudkan.

Kekecohan itu juga menyebabkan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham diusir keluar oleh Speaker Azhar Azizan Harun. – 25 Ogos, 2020.

[BACA]


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen