[VIDEO] Kes Covid-19 setakat 18 Ogos, 2020 | 7 kes baharu
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan terdapat 26 kes yang telah pulih
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8902 kes.
Sehingga 18 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 7 kes baharu.
Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,219 kes.
Selain itu tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes. – 18 Ogos, 2020.
Komen