[VIDEO] Jumlah kes Covid-19 setakat 16 Ogos 2020 | 25 kes baharu
KEMENTERIAN kesihatan Malaysia memaklumkan terdapat 28 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif pulih adalah sebanyak 8859 kes.
Terdapat peningkatan kes baharu dilaporkan pada hari ini setakat jam 12 tengahari iaitu 25 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,200kes.
Selain itu juga, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes. – 16 Ogos, 2020.
Komen