[VIDEO] Tidak pernah lagi dalam sejarah PRK calon bebas menang, kata Ahmad Maslan


Mastura Malak

Barisan Nasional tidak akan mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dalam usaha memastikan pengundi memilih calon parti itu pada 4 Julai depan.

Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan, berkata tidak pernah lagi dalam sejarah calon bebas menang dalam pilihan raya kecil ketika ditemui media di Pasar Besar Slim River.

Beliau turut mengkritik calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, yang mewakili kem Mahathir tidak layak menjadi wakil rakyat di kawasan Dun Slim kerana tidak mempunyai latar belakang di kawasan Dun berkenaan.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia pada 15 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 15 Ogos sebagai hari penamaan calon manakala 25 Ogos hari pengundian awal diikuti hari pengundian sebenar pada 29 Ogos depan. – 15 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen