[VIDEO] Jumlah kes Covid-19 setakat 14 Ogos 2020 | 20 kes baharu


Mastura Malak Fikri Ghazali

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan terdapat 7 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8828 kes.

Sehingga pukul 12:00 tengah hari, terdapat peningkatan kes baharu iaitu 20 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,149 kes.

KKM juga memaklumkan, terdapat kluster baharu pada hari ini iaitu kluster Muda.

Kluster Muda dikesan di Daerah Kuala Muda, Kedah. Kes pertama kluster ini adalah lelaki warganegara Malaysia yang merupakan seorang anggota polis.
Selain itu, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes. – 14 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen