[VIDEO] Jumlah kes Covid-19 setakat 13 Ogos 2020 | 15 kes baharu


Nabihah Hamid Fikri Ghazali

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan terdapat 4 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8821 kes.

Sehingga pukul 12:00 tengah hari, terdapat peningkatan kes baharu iaitu 15 kes dimana 11 daripadanya kes tempatan.

Ini menjadikan kumulatif kes positif covid 19 berjumlah 9129 kes.

Selain itu, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes. – 13 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen