[VIDEO] Kes Covid-19 setakat 11 Ogos, 2020 | 9 kes baharu
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia KKM memaklumkan terdapat 6 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,809 kes.
Sehingga 11 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 9 kes baharu.
Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,103 kes.
Dimaklumkan juga bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes.– 11 Ogos, 2020.
Komen