[VIDEO] Kes Covid-19 setakat 10 Ogos, 2020 | 11 kes baharu
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan terdapat 19 kes yang telah pulih
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,803 kes.
Sehingga 10 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 11 kes baharu.
Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,094 kes.
Dimaklumkan juga bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes.– 10 Ogos, 2020.
Komen