[VIDEO] Shafie Apdal gagalkan usaha Umno bentuk kerajaan


Sumardi Susilo

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, rancangan untuk membentuk kerajaan di Sabah gagal susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Zahid berkata usaha gagal selepas Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin mendapat nasihat daripada ketua menteri, Mohd Shafie Apdal bagi pembubaran DUN.
Dalam satu sidang media berlainan pagi tadi, Shafie Apdal membuat kenyataan bahawa DUN Sabah bubar untuk pilihan raya semula.

Ia susulan selepas bekas ketua menteri Musa Aman mendakwa pihaknya ada sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Menurut Shafie, pembubaran DUN itu, akan memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan menentukan pemimpin yang mereka mahu untuk menerajui Sabah.

Sekaligus akan menamatkan teka-teki kedudukan Sabah sejak pertukaran kerajaan di Putrajaya Februari lalu.– 30 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen