[VIDEO] Ratusan penyokong Najib berhimpun di luar mahkamah


Nabihah Hamid Hasmizar Hassan Mastura Malak

NAJIB Razak tiba di Mahkamah diiringi ratusan penyokongnya yang berhimpun sejak awal pagi lagi bagi memberi sokongan terhadap bekas perdana menteri itu yang didakwa menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Selain itu petugas media sudah berada di luar kawasan mahkamah sejak pukul 5.30 pagi.

Najib tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi sempat melambai kepada penyokongnya.

Beliau berdepan dengan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.

Bekas pemimpin perdana menteri itu didakwa telah mendapatkan suapan sebanyak RM42 juta terhadap pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan kepada SRC International.

Seandainya sabit kesalahan, Najib boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama. – 28 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen