[VIDEO] Kes Covid-19 di Selangor meningkat


Mastura Malak Sumardi Susilo

SELANGOR mencatatkan peningkatan kes covid-19 apabila zon Gombak dan Hulu Langat merekodkan kes posotif baru.

Ini menjadikan dua daerah tersebut kembali ke zon kuning.

Minggu lalu, hampir semua daerah di Selangor berada di zon hijau apabila merekodkan penurunan kes positif kecuali Sepang.

Dalam satu kenyataan oleh Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor STFC,daerah Gombak di Cheras, dan mukin Batu daerah Hulu Langat masing-masing mencatatkan satu kes baharu

Manakala Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Petaling dan Hulu Selangor berada di zon hijau.

Sehingga kini, Selangor merekodkan 2,109 kes, 1889 kes sembuh serta 24 kematian. – 22 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen