[VIDEO] Jumlah Covid-19 setakat 20 Julai | Peningkatan 21 kes baharu
SEHINGGA 20 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 21 kes baharu.
Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,800 kes.
Daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, 6 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 4 warganegara Malaysia dan 2 bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.
Daripada 15 kes penularan di dalam negara, 13 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan dua (2) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.
13 kes di kalangan warganegara adalah melibatkan 12 kes daripada Kluster Rumah Warga Emas di Kluang Johor, manakala 1 kes di Negeri Sembilan yang merupakan kes saringan pra pembedahan di sebuah pusat perubatan.
Bagi kes jangkitan dalam negara pula, 2 kes berlaku di Johor melibatkan bukan warganegara iaitu 1 kes melibatkan rakyat Indonesia daripada Kluster Rumah Warga Emas di Johor, 1 kes saringan pra pembedahan.
Dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 123 kes. – 20 Julai, 2020.
Komen