[VIDEO] 1 kematian Covid-19 dilaporkan
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 1 kes kematian dilaporkan pada hari ini, manakala terdapat 15 kes baharu jangkitan Covid-19 setakat 12 tengah hari.
Kematian melibatkan lelaki berusia 75 tahun yang mempunyai sejarah tekanan darah tinggi dan strok meninggal dunia pada pukul 12.15 pagi Jumaat di bilik kecemasan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di Johor. – 19 Julai, 2020.
Komen