[VIDEO] Jumlah kes Covid-19 setakat 18 Julai, 2020


Mastura Malak Sumardi Susilo

SEHINGGA 18 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 9 kes baharu.

Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,764 kes.
 
Daripada daripada 9 kes baharu dilaporkan, 4 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 3 orang warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.

4 kes import tersebut adalah, 2 daripada Indonesia, satu Singapore dan satu dari Pakistan.

Daripada 5 kes penularan di dalam negara, satu kes adalah bukan warganegara Malaysia iaitu kes saringan sebelum berlepas China.

Baki 4 kes penularan di dalam negara pula adalah di kalangan warganegara Malaysia, iaitu 4 kes di Sarawak.

Dimaklumkan juga bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 122 kes.18 Julai, 2020.

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen