[VIDEO] SPRM hasilkan drama bersiri 'Banteras', keluar Disember
DRAMA bersiri ‘Banteras’ merupakan hasil kolaborasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Fantasy Film Sdn Bhd.
Drama ini adalah bertujuan untuk menyedarkan dan mendidik masyarakat tentang bahaya amalan rasuah di Malaysia khususnya.
Bagi Pengarah dan Penerbit Drama Banteras, Ghaz Abu Bakar, beliau menghargai usaha pihak SPRM untuk menerbitkan drama bersiri ini dengan niat untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bahaya aktiviti rasuah.
Drama banteras dibarisi pelakon-pelakon hebat antaranya Khir Rahman, Sanggeta Krishnasamy, Kamal Adli, Sofia Dendroff, Eyka Farhana, Zahiril Adzim, Mustaqim Mohamed dan ramai lagi telah memulakan pengambarannya sejak Mei tahun lalu.
SINOPSIS
Drama Bersiri ini berkisarkan tentang Mukhriz (Khir Rahman), Serena (Sanggeta), Badrul (Kamal Adli) dan sarah (Sofia Dendroff), pegawai SPRM yang diberi misi untuk membanteras kegiatan rasuah yang melibatkan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia didalangi oleh Joe harry (zahiril Adzim). Demi melaksanakan misi tersebut, mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran dan cabaran yang turut mengancam nyawa dan keluarga mereka sendiri. - 1 Oktober, 2019.
Komen