Sejauh mana praktikalnya oBike?


Hasmizar Hassan Ravin Palanisamy Low Han Shaun

BASIKAL oBike yang terkenal dengan bingkainya yang berwarna perak dan kuning, telah dibawa dari Singapura ke Lembah Klang.

Sejak ia dilancarkan pada April, 2017, perkhidmatan oBike mencecah 200,000.

Persoalannya, sejauh mana praktikalnya oBike di sini? Apakah ia sekadar trend semasa atau ia benar-benar berguna dalam menyelesaikan masalah pengangkutan di Malaysia? The Malaysian Insight menyusuri jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur untuk mendapatkan jawapan.

Dari Masjid Negara, kami mengayuh melalui Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan seterusnya ke Pasar Seni.

Secara keseluruhannya, perkhidmataan oBike ternyata berguna bagi perjalanan jarak dekat dan semasa di luar waktu puncak di Kuala Lumpur. Ia mudah diakses kerana ia boleh didapati di mana-mana saja di sekitar Kuala Lumpur, malah diselenggara dengan baik.

oBike bagus bagi perjalanan jarak dekat anda. Tetapi untuk lebih dari itu, The Malaysian Insight mencadangkan anda memandu sahaja. – 27 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen