KERAJAAN Pulau Pinang mengulangi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) penting bagi pembangunan negeri utara itu, yang berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya yang teruk sejak beberapa tahun lalu.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata PTMP - dengan cadangan transit aliran ringan (LRT), lebuh raya dan projek Tambakan Laut Pulau Pinang Selatan (PSR) - akan mengubah haluan negeri itu sebagai pemacu utama sektor ekonomi.
Sementara PSR akan membiaya PTMP dan memberi lebih banyak tanah untuk pembangunan masa dengan dengan tiga pulau buatan manusia di selatan Pulau Pinang, Chow berkata, pelan induk itu akan memberi lebih banyak peluang pekerjaan, tenaga buruh berkemahiran tinggi dan meningkatkan kualiti hidup penduduk.
“Masa telah membawa banyak perubahan kepada Pulau Pinang. Ia bukan lagi perkampungan seperti pada akhir abad ke 18.
“Kini, kita merupakan bandar warisan Unesco, hab elektrik dan elektonik, tumpuan makanan jalanan, destinasi pelancongan kesihatan dan destinasi ke 10 terbaik untuk dilawati di dunia.
“Namun ada sesuatu yang kita tidak sedar yang pembangunan pesat sejak beberapa dekad lalu memberi impak kepada negeri. Impak yang paling jelas adalah kesesakan lalu lintas,” katanya ketika berucap pada sebuah forum berhubung PTMP di Dewan Sri Pinang hari ini.
Chow, yag juga exco bertanggungjawab terhadap pengangkutan berkata, pembangunan di Pulau Pinang adalah susulan daripada pengindustrialisasi dan peningkatan populasi yang membawa kepada kekurangan tanah untuk pembangunan di masa akan datang.
“Impak kepada pembangunan ini juga membawa kepada peningkatan harga hartanah, saliran orak, dan kehilangan hala tuju pelaburan asing.
“Kesesakan trafik yang teruk pada waktu puncak menyebabkan ketidakselesaan, mengurangkan produktiviti Pulau Pinang sebagai destinasi yang kompetitif untuk pelaburan dan hab perkilangan.
“Menyedari hakikat ini, pemimpin negeri meletakkan keutamaan kepada pembangunan kemudahan engangkutan dan mengurangkan kesesakan trafik sejak kami mengambil alih pada 2008,” katanya.
PTMP merupakan hasil Laporan Pesuruhjaya Halcrow oleh kerajaan negeri untuk mewujudkan kajian konsep dan strategi bagi menyelesaikan masalah trafik di Pulau Pinang. – 30 September, 2018
Berita penuh di sini.
Komen