BEKAS pemimpin nombor satu negara, Najib Razak disambut meriah ahli Umno ketika tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada jam 8 malam ini.
Beliau hadir untuk turut sama memeriahkan pembukaan Perhimpunan Agung Umno dan mendengar ucapan dasar presiden 2018.
Ahli Umno yang setia menunggu kehadiran pimpinan parti lain di pintu anjung Dewan Merdeka tidak melepaskan peluang bersalaman dan berswafoto dengan beliau.
Laungan “Hidup Najib” turut bergema ketika beliau melangkah masuk.
Najib yang duduk di barisan depan menerima tepukan gemuruh apabila Pengerusi Tetap Umno Badruddin Amiruldin mengumumkan kehadiran beliau.
Sebelum itu, beberapa delegasi PAS turut kelihatan dan mereka diketuai oleh timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ucapan dasar presiden yang akan disampaikan Ahmad Zahid Hamidi adalah acara yang ditunggu-tunggu ahli akar umbi selepas perbahasan daripada sayap Pemuda, Wanita dan Puteri tamat petang tadi. – 29 September, 2018.
Komen