KETUA pembangkang yang dipenjara Anwar Ibrahim masih belum menerima apa-apa notis untuk hadir ke Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atss kerugian tukaran wang Bank Negara, yang bermula esok.
Peguamnya, R. Sivarasa berkata, mereka hanya mengetahui mengenainya hari ini.
“Ia notis yang terlalu singkat. Pengumuman pada 4 haribulan dan pendengaran 8 haribulan,” kata Sivarasa.
Dia berkata demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mewakili Anwar dalam saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengenai kenyataan “main belakang” pada ceramah di Lembah Pantai pada 19 Februari 2008.
Sivarasa juga akan mewakili Anwar pada RCI.
Anwar merupakan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan ketika Bank Negara didakwa mengalami kerugian berbilion ringgit pada awal 1990.
Anwar sebelum ini berkata akan memberikan kerjasama sekiranya diminta berbuat demikian.
Pasukan khas itu ditubuhkan pada Februari selepas bekas penolong gabenor Bank Negara Abdu Murad Khalid mendakwa dalam satu temubual bank pusat itu kerugian AS$10 bilion dalam tukaran wang pada awal 1990 ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
Dr Mahathir kini adalah pengerusi Bersatu.
Pasukan khas itu diketuai bekas ketua setiausaha negara Mohd Sidek Hassan. – 7 Ogos, 2017.
Komen