BEKAS pembantu Anwar Ibrahim berjanji untuk tidak membangkitkan dakwaan lama yang menyebabkan bekas majikannya itu meringkuk di penjara selama lima tahun.
Katanya, beliau sudah matang dan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Port Dickson semata-mata untuk membalas dendam ke atas Anwar.
Calon Bebas, Saiful Bukhari Azlan menafikan beliau bertanding ilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson semata-mata dendamnya kepada Anwar Ibrahim.
Beliau yang terlibat dalam kes liwat membabitkan ketua umum PKR itu berkata tidak akan membangkitkan sejarah silam dalam kempennya di PRK berkenaan.
Adakah akan bangkit perkara lama?
Tidak, tidak, saya bertanding hari ini bagi meraikan demokrasi. Saya sudah 33 tahun pada tahun ini dan saya rasa sudah cukup dewasa dan selama 10 tahun ini saya rasa cukup pengalaman untuk saya mulakan karier politik saya.
Sebelum ini saya bukan ahli politi saya hanya orang biasa, hari ini lepas 10 tahun saya rasa saya perlu ke arena politik tanah air.
Adakah bertanding sebab dibayar?
Tidak, tidak. Saya bertanding atas kapasiti sendiri, tiada orang bayar atau taja. Saya di sini sebab benar-benar mahu bentanding
Bukan sebab dendam lama?
Bukan sebab dendam, bukan sebab balas dendam. Ini hanyalah untuk saya menyertai proses demokratik.
Kenapa Port Dickson? Itu saya jawab lepas penamaan.
Apa pekerjaan sekarang?
Sebelum ni saya menyertai syarikat analisis data raya. Saya salah seorang pengasas syarikat. – 29 September, 2018
Komen