Sultanah Terengganu tak terima permohonan maaf editor Sarawak Report


Bede Hong

SULTANAH Terengganu akan tetap mengemukakan saman fitnah terhadap Clare Rewcastle-Brown walaupun editor Sarawak Report itu telah memohon maaf kepada baginda di laman web portal itu semalam.

Sultanah Nur Zahirah akan memfailkan saman memfailkan saman fitnah bagi menuntut ganti rugi tidak dinyatakan dan permohonan maaf berhubung dakwaan baginda terlibat dalam konspirasi dengan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho serta dituduh terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan terdahulu berhubung skandal 1MDB.

Dalam reaksi segera kepada surat yang dihantar kepadanya di London, Rewcastle-Brown semalam memohon maaf menerusi laman web Sarawak Report.

Bagaimanapun, Sultanah Nur Zahirah tidak menganggap permohonan maaf itu memadai, menurut peguam baginda.

“Ia bukan permohonan maaf bagi anak guam saya,” Mohd Haziq Pillay Abdullah memberitahu The Malaysian Insight.

“Kita akan teruskan saman,” katanya, sambil menambah satu sidang akhbar akan diadakan berkenaan saman itu esok. – 28 September, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen