Polis akan soal siasat Najib, Rosmah berhubung 1MDB


Alfian Z.M. Tahir

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Amar Singh Ishar Singh memaklumkan Najib Razak dan isteri akan disoal secara berasingan semasa sidang akhbar hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh afif Abd Halim, 28 September, 2018.

NAJIB Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, akan disoal siasat polis berhubung dengan siasatan ke atas skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata polis hari ini.

Kedua-duanya sebelum ini disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Amar Singh Ishar Singh berkata mereka akan disoal secara berasingan.

“Kami akan memanggil Najib tidak lama lagi berhubung kes 1MDB,” kata Amar Singh, tanpa menyatakan sebarang tarikh. – 28 September, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen