Keputusan BN bagi PRK PD bergantung pada PAS, kata Annuar


Chan Kok Leong

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa ketika bercakap kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di PWTC di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 26 September, 2018

BARISAN Nasional akan menentukan sekali lagi sama ada akan berkempen pada pilihan raya kecil Port Dickson sekiranya PAS meletakkan calonnya, kata Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa. 

“Buat masa ini, masih belum ada keputusan dibuat. Jika PAS putuskan untuk bertanding, presiden (Ahmad Zahid Hamidi) akan rujuk perkara itu kepada Majlis Tertinggi sekali lagi,” katanya pada sidang media hari ini. 

Tambahnya, Umno tiada ikatan rasmi dengan PAS.

“Kami hanya meneroka kemungkinan kerjasama dalam konteks sebagai satu pembangkang. Sebarang kerjasama akan ditentukan berdasarkan kes ke kes,” katanya Annuar ketika ditanya sama ada ia mahu berkempen dengan PAS pada pilihan raya kecil Port Dickson. 

Umno memutuskan untuk memboikot pilihan raya kecil Port Dickson selepas mesyuarat biro politiknya pada Isnin. 

Namun, PAS berkata ia sedia untuk bertanding di Port Dickson jika Umno memutuskan untuk tidak bertanding, parti Islam itu masih belum mengumumkan keputusannya.  

Parti itu dijadualkan mengadakan mesyuarat di Kuala Terengganu malam ini berhubung piihan raya kecil itu dan pengumuman berkenaan dijangka dibuat seawal esok. 

Penyandang kerusi Port Dickson Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada bakal presiden PKR Anwar Ibrahim bertanding sekaligus kembali ke Parlimen.  – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 September, 2018

Pilihan raya kecil itu bermula pada Sabtu ini dengan penamaan calon dan hari mengundi diadakan pada 13 Oktober. Penyandang kerusi itu dari PKR Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada bakal presiden PKR Anwar Ibrahim untuk bertanding, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk Anwar menjadi perdana menteri. 

Keputusan BN untuk tidak meletakkan calon adalah kebanyakannya daripada orang lama dalam Umno, yang mana ia bertentangan dengan kemahuan pemimpin muda dalam parti itu. 

Annuar berkata BN memutuslan untuk tidak bertanding pada pilihan raya itu kerana tidak mahu campur dalam politik Pakatan Harapan. 

“Pilihan raya kecil ini bukan yang biasa dan ia hanya untuk menukar ahli Parlimen Pakatan dengan yang lain. 

“Lagipun semua wang dan sumber dibelanjakan untuk pilihan raya umum, kita tidak mahu terlibat dengannya kerana ramai orang dalam Pakatan yang tidak mahu lihat Anwar menang,” kata Annuar. 

Berhubung kenyataan Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein yang parti itu perlu bertanding, Annuar berkata ia hanya pandangan peribadinya. 

“Sebelum membuat keputusan, presiden sudah berunding dengan semua pihak termasuk di bahagian dan parti komponen. Ini merupakan kali pertama, kami berunding dengan semua sebelum membuat keputusan. Dan kami membuat keputusan yang memberi kelebihan kepada kami,” kata Annuar. – 26 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen