BARISAN Nasional (BN) akan tubuh 28 portfolio jawatankuasa bagi memantau kerajaan, kata Setiausaha Agung Umno Annuar Musa.
“Jawatankuasa ini, walaupun tidak sama seperti cabinet bayangan yang diamalkan sistem Westminster akan memantau setiap kementerian,” kata Annuar dalam siding media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Beliau berkata akan wujud dua pengerusi bagi setiap portfolio.
“Mereka akan melantik tiga ahli bukan ahli Parlimen terdiri daripada profesional atau orang yang mempunyai kelayakan.
“Tugas utama jawatankuasa ini ialah membentangkan bajet alternatif. Ia akan diketuai Khairy Jamaluddin (Ahli Parlimen Rembau),” kata Annuar.
Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri akan diketuai Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datoh), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Naib Presiden Umno Ismail Sabri (Bera).
Setiap jawatankuasa akan mempunyai dua ahli parlimen.
Annuar berkata keputusan itu dipersetujui parti-parti komponen BN yang lain- MCA, MIC dan PBRS.
Beliau menambah jawatankuasa-jawatankuasa tersebut akan terdiri daripada anggota BN setakat ini walaupun ahli-ahli parlimen daripada Gagasan Sejahtera dan Gabungan Parti Sarawak turut dijemput menganggotainya.
Berikut adalah senarai jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk:
Jabatan Perdana Menteri - Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tengku Razaleigh Hamzah and Ismail Sabri Yaakob
Dalam Negeri - Dr Shahidan Kassim, Dr Adham Baba
Pertahanan - Hishammuddin Hussein, Abdul Rahim Bakri, Zakaria Mohd Edris
Sumber Manusia - Dr Ismail Abdul Muttalib
Luar Negara - Reezal Mexican Naina Merican
Undang-undang - Azalina Othman Said, Ronald Kiandee
Kewangan - Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Arthur Joseph Kurup
Ekonomi - Hasan Arifin
Kemajuan Usahawan - Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahmad Nazlan Idris
Hal Ehwal Pengguna dan Domestik - Hamzah Zainudin, Ikmal Hisham Abdul Aziz
Industri Utama - Sivarraajh Chandran, Mastura Yazid
Perdagangan Antarabangsa - Ahmad Maslan, Ismail Mohd Said
Kemajuan Luar Bandar - Annuar Musa, Ahmad Jazlan Yaakub, Arthur Joseph Kurup
Pendidikan - Mahdzir Khalid, Idris Jusoh
Kemajuan Wanita - Noraini Ahmad, Azizah Mohd Dun
Perumahan - Noh Omar, Halimah Mohamed Sadique
Belia dan Sukan - Shahar Abdullah, Yasmin Hafez Musa
Pelancongan - Nazri Abdul Aziz, Jamaluddin Alias
Hal Ehwal Agama - Shabudin Yahaya
Pengangkutan - Dr Wee Ka Siong
Komunikasi dan Multimedia - Dr Shamsul Anuar Nasarah, Zahidi Zainul Abidin
Pertanian - Tajuddin Abdul Rahman, Mohd Fazirah Mohd Fakeh
Kesihatan - Dr Abdul Latif Ahmad, Rosol Wahid
Air, Tanah dan Sumber Semulajadi - Bung Mokhtar Radin, Mohd Nijar Zakaria
Kerjaraya - Saravanan Murugan, Abdul Rahman Mohamad
Tenaga, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar - Ahmad Hamzah, Hasbullah Osman
Wilayah Persekutuan - Tengku Adnan Tengku Mansor, Rozman Isli. – 26 September, 2018.
Komen