Jho Low akan cakap apa saja untuk elak penjara, kata Tony Pua


Bede Hong

“Saya tidak terkejut. Dia kaki putar belit. Survivor. Dia akan buat apa saja untuk elak dipenjarakan,” katanya kepada wartawan pada acara pelancaran buku itu oleh Najjua Zulkefli, 25 September, 2018.

JHO Low, individu utama dalam buku bertajuk Billion Dollar Whale yang baru dilancarkan, akan lakukan dan cakap apa saja asalkan tidak dipenjarakan, kata wakil rakyat DAP Tony Pua.

Ahli Parlimen Damansara itu berkata sesiapa pun tidak sepatutnya terkejut dengan pelbagai dakwaan Low bahawa dia tidak bersalah.

“Saya tidak terkejut. Dia kaki putar belit. Survivor. Dia akan buat apa saja untuk elak dipenjarakan,” katanya kepada wartawan pada acara pelancaran buku itu oleh pengarang bersama, Tom Wright di Kuala Lumpur hari ini.

Jho Low anak kelahiran Pulau Pinang dengan nama sebenarnya Low Taek Jho, mendaka tidak bersalah menerusi laman webnya Squarespace, berkata digambarkan secara salah oleh wartawan Wall Street Journal, Wright dan Bradley Hope.

“Saya mungkin buat perkara secara berbeza, seperti mana-mana orang muda,” kata Low di laman webnya baru-baru ini.

“Sebarang kesilapan yang saya buat tidak sebesar tuduhan yang dibuat terhadap saya.”

Sentimen berbeza terzahir hari ini di kedai buku Kinokuniya di Suria KLCC, yang menyaksikan ratusan orang beratur berjam lamanya untuk mendapatkan buku itu ditandatangani.

“Ini menunjukkan rakyat yang berjuang untuk keadilan boleh menang dan orang jahat akan akhirnya ke mahkamah,” kata Pua.

“Low memang tidak tahu malu, hendak kebebasan dan kekayaan,” katanya.

Buku itu yang berkisar tentang peranan Low dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sudah habis dijual. – 25 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen