DANA lebih RM3 bilion disediakan untuk pemilik Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berkelayakan dan mereka yang berdepan masalah mendapatkannya patut membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata tidak ada sebab untuk IKS yang layak dan syarikat mikro tidak dapat memperoleh pinjaman daripada peruntukan dana itu.
“BNM akan membantu jika mereka berdepan masalah. Kami akan cuba membantu dan memastikan mereka dapat pembiayaan,” kata Penolong Gabenor BNM Abu Hassan Alshari Yahaya yang turut hadir bersama Lim pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Katanya, BNM akan menyediakan risalah untuk menjelaskan prosedur dalam mendapatkan pinjaman itu atau anda boleh e-mel kepada [email protected] bagi mendapatkan maklumat. – 25 September, 2018.
Komen