MENURUNKAN had umur mengundi akan membolehkan belia mempunyai wakil lebih banyak di dalam negara, kata penganalisis yang mendukung langkah yang dibuat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menurunkan dari umur 21 ke 18 tahun.
Langkah itu juga akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang, berdasarkan prestasi kerja ahli-ahli politik, kata mereka.
Pengarah Eksekutif Merdeka Centre Ibrahim Suffian berkata menurunkan usia mengundi akan memperkasa sistem pilihanraya dan proses politik.
“Sekarang, usia 21 tahun mewakili belia dan anak kecil. Menurunkan usia mengundi untuk memasukkan mereka yang berusia 18,19 dan 20 tahun akan membolehkan perwakilan yang lebih luas dari populasi,” kata Ibrahim kepada sidang The Malaysian Insight.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan awal minggu ini bahawa Kabinet bersetuju untuk menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun.
Beliau berkata Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang terdiri daripada ahli Parlimen kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang akan ditubuhkan bagi mendapatkan sokongan mengenai penurunan usia mengundi dan juga isu-isu lain yang memberi kesan kepada orang muda.

Pemangku Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohd Azlan Zainal juga mendukung langkah tersebut di samping mengatakan ia akan memperkasakan belia untuk menjadi warga yang lebih bertanggungjawab.
Beliau mencadangkan kerajaan untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik kepada mereka yang telah layak mengundi.
“Ia akan jadi lebih mudah dan lebih praktikal. Dan perlu juga ada syarat kepada semua warga untuk mengundi atau mereka akan hilang keistimewaan itu.
“Ia bagaimanapun, memerlukan kajian yang lebih berhati-hati untuk untuk memastikan kita dapat mencapai apa yang kita mahukan menuju Malaysia yang lebih baik.”
Manfaat kepada semua pihak
Menurunkan umur pengundi akan memberi kesan terhadap landskap politik di mana kedua-dua belah pihak akan memperoleh manfaat, bergantung kepada bagaimana prestasi ahli politik dan parti mereka.
Menurut anggaran penganalisis, dalam tempoh lima tahun lagi rakyat Malaysia yang berumur 18 hingga 21 yang layak mengundi mungkin akan mencapai tiga juta atau 21% daripada jumlah pengundi.
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan Dr Mohammad Redzuan Othman berkata lebih ramai jumlah pengundi muda akan memberi manfaat kepada PH dalam jangka pendek, bukan untuk selama-lamanya.
“Ini kumpulan pengundi yang dinamik, yang lebih rasional dan idealistik. Mereka tidak setia kepada parti politik seperti generasi lebih tua.
“Mereka akan mengundi parti yang mereka percaya boleh buat kerja. Maknanya, mereka boleh ubah kerajaan. Parti dan ahli politik mesti benar-benar berkhidmat kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan,” kata Redzuan.

Ini juga dipersetujui Ibrahim, iaitu PH yang sebelum ini jadi pembangkang, dan PAS mungkin akan memperoleh manfaat ini dalam jangka masa pendek. Namun, ia mungkin memberi manfaat jangka panjang kepada parti-parti pembangkang.
Orang muda katanya, lebih cenderung menjadi idealistik dan kurang menyokong perkembangan ini, seperti yang dapat dilihat dalam pilihan raya sebelum-sebelum ini.
“Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan 14, lebih daripada separuh pengundi beliau memilih parti pembangkang (Pakatan Rakyat dan PAS) berbanding Barisan Nasional.
“Dalam jangka masa panjang, parti-parti pembangkang mendapat manfaat. Mereka yang lebih berkaliber dan jujur kepada aspirasi negara akan mendapat sokongan pengundi belia.”
Ibrahim berkata kerajaan juga perlu sedar kepada profil demografik pengundi belia.
“Majoriti adalah Melayu Islam. Pada pilihan raya yang leas, hampir 75% pengundi beliau berumumr 21 hingga 31 tahun adalah Islam Melayu Islam.”
PH tidak mendapat majoriti undi Melayu pada PRU14. Kebanyakan pengundi Melayu mengundi PAS, ada yang mengundi BN.
Belia sudah bersedia
Ibrahim dan Redzuan juga bersetuju rakyat Malaysia sudah bersedia umur mengundi diturunkan, dan berkata beberapa negara membenarkan usia mengundi di bawah 18 tahun.
Brazil, Argentina, Cuba, Ecuador, Nicaragua, Austria, Malta, Scotland, Isle of Man, Jersey dan Guernsey adalah contoh negara yang membenarkan rakyat mereka mengundi pada umur 16 tahun. Di Bosnia, Serbia dan Montenegro pula, mereka yang berusia 26 hingga 18 tahun layak mengundi hanya jika mereka telah bekerja. Manakala umur layak mengudi di Indonesia ialah 17 tahun.
Menurut Ibrahim membenarkan golongan muda Malaysia mengundi akan menjadikan mereka rakyat yang lebih bijak, melibatkan diri dan bertanggungjawab.
“Di usia 18 tahun, rakyat Malaysia boleh memandu, bekerja dan masuk tentera untuk pertahankan negara. Malah yang berusia 16 tahun boleh bekerja dan layak membayar cukai.
“Jadi mengapa tidak umur 18 tahun dibenarkan mengundi dan bersuara dalam apa saja jenis kerajaan yang mereka mahu? Kita perlu melayan mereka sama seperti orang dewasa.”

Bagi Redzuan pula, golongan belia kini lebih cepat matang berbanding empat atau lima dekad lepas disebabkan pengetahuan serta maklumat yang semakin mudah didapati.
“Kita tak boleh memandang rendah terhadap kemampuan mereka berfikir sekarang ini,” kata Redzuan, sambil memberi contoh mengenai anak perempuannya yang masih remaja berbincang mengenai politik dengannya.
“Dia baru berusia 14 tahun tetapi tahu mengenai politik. Dia tanya saya tentang Anwar IBrahim dan pilihan raya kecil Port Dickson. Dia boleh terangkan kepada saya kenapa dia menyokong sesuatu atau seseorang,” katanya.
Sebelum ini terdapat kebimbangan bahawa sistem pendidikan tidak dapat memberi pengetahuan yang cukup mengenai pilitik kepada golongan muda.
Bagaimanapun, Azlan berkata membenarkan golongan muda Malaysia mengundi perlu selari dengan kesedaran mereka terhadap tanggungjawab mereka untuk mengundi. Jika tidak, matlamat kepada usaha ini hanya akan menemui kegagalan.
“Kuncinya ialah pendidikan. Perlu ada pendekatan holistik untuk menanamkan semangat patriotik di sekolah.
“Kita perlu beri tumpuan kepada subjek seperti Sejarah dan Pengajian Am, atau memperkenalkan satu sukatan pelajaran baru yang mengajar beliau supaya cintakan negara.” – 22 September, 2018.
Komen