Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) harus mempunyai ahli pelbagai latar belakang ekoran empat lantikan baru hanya mempunyai ahli yang terdiri hanya daripada badan kehakiman, kata Majlis Peguam.
“Badan Peguam Malaysia berpandangan empat ahli utama JAC harus dipilih daripada kalangan Pejabat Peguam Negara, Majlis Peguam, Persatuan Peguambela Sarawak, Persatuan Undang-undang Sabah, ahli akademik dan masyarakat sivil.
“Ia juga harus mempunyai wakil pelbagai jantina dan dan kaum,” kata Presiden Badan Peguam Malaysia George Varughese dalam kenyataannya hari ini.
Beliau merujuk lantikan-lantikan baru yang juga merupakan bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Hishamudin Md Yunus, Linton Albet dan mah Weng Kwai, dan juga pakar perlembagaan dari Universiti Malaya Profesor Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi.
“Pelantikan akan datang ahli JAC harus berdasarkan inklusiviti dan kepelbagaian latar belakang, ia harus diubah dari hanya satu badan yang didominasi hakim-hakim bersara di mana pandangan mereka cukup diwakili lima ahli mandatori kehakiman, empat daripada mereka adalah pentadbir jabatan kehakiman.
Varughese berkata Akta JAC Seksyen 5(1) mengizinkan keahlian itu seimbang dengan melantik empat “ahli utama” yang bukan dari kalangan eksekutif atau perkhidmatan awam.
Objektif JAC adalah memastikan pemisahan kuasa antara kehakiman, eksekutif dan legislatif dalam kerajaan.
“Bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan terhadap badan kehakiman, ada desakan sebuah perubahan dalam proses pelantikan ahli-ahli JAC dan badan kehakiman.
“Jelas sekali, kriteria yang jelas bagi pemilihan atau kenaikan jawatan hakim-hakim, nasihat berguna daripada pemegang amanah yang relevan dan akauntabiliti mereka yang terlibat dalam proses pelantikan adalah satu perkara yang sangat mendesak,” tegas beliau.
Beliau mengatakan JAC harus menjadi sebuah institusi yang bebas tanpa mengambil kira siapa yang memegang tampuk kuasa di Malaysia –21 September, 2018.
Komen