Anwar perlu kikis imej 'gila kuasa' dalam kemunculan semula, kata penganalisis 


Looi Sue-Chern

Anwar Ibrahim berdepan laluan sukar untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 September, 2018

ANWAR perlu menangkis persepsi negatif yang diterima untuk laluannya ke parlimen menerusi pilihan raya kecil Port Dickson dan menjelaskan peranannya sebagai wakil rakyat dalam kerajaan Dr Mahathir Mohamad, kata penganalisis. 

Mereka menegaskan bahawa kenyataan Anwar baru-baru ini mengenai pelbagai isu dan dasar kerajaan telah menjadikan rakyat Malaysia berbeza dari bakal presiden PKR itu.

Pemangku pengarah eksekutif Ilham Centre Mohd Azlan Zainal merujuk kepada Anwar yang sebelum ini berkata beliau akan menasihati Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengenai pelantkannya sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas menteri itu menerima pelbagai kecaman. 

Maszlee dilantik oleh Dr Mahathir dengan perkenan Sultan Pahang. 

Dan dalam satu sesi temubual dengan Channel News Asia, Anwar berkata beliau mempunyai hak untuk merombak semula kabinet Dr Mahathir berdasarkan prestasi menteri apabila mengambil alih tugas sebagai perdana menteri. 

“Dr Mahathir merupakan pemacu dalam kejayaan Pakatan Harapan pada PRU14, tetapi kembalinya Anwar dalam politik kini mungkin akan mempercepatkan agenda perubahan dan pemacu perubahan dalam Malaysia baharu, kata Azlan. 

Beliau bagaimanapun berkata, amat penting untuk Anwar menjawab persepsi negatif dan mengembalikan keyakinan segelintir rakyat Malaysia. 

“Anwar kini dilihat sebagai pengkrtik kerajaan sedangkan beliau sendiri adalah sebahagian daripada kerajaan,” kata Azlan kepada The Malaysian Insight.

Jelaskan peranan 

Profesor Madya Mohd Faisal S. Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia mempersoalkan peranan Anwar apabila kembali ke Parlimen

“Memang, Dia adalah presiden PKR dan dia tidak mempunyai kedudukan di Parlimen,” kata Faisal.

Pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Anwar disifatkan sebagai kurang ketelusan oleh segelintir pemimpin dalam PKR.  – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 September, 2018

Faisal turut mempersoalkan bagaimana reaksi pemimpin dan ahli Parlimen PH yang lain apabila Anwar dan Dr Mahathir mempunyai pandangan berbeza berhubung sesuatu isu. 

“Seorang adalah PM dan seorang lagi bakal PM. Anwar perli jelaskan peranannya dan bagaimana beliau akan melengkapi PM, bukan merampasnya,” katanya.

Sementara itu, Dr Wong Chin Huat dari Institut Pulau Pinang berkata pilihan raya kecil Pulau Pinang akan dilihat sebagai referendum kecil berhubung kemaraan Anwar untuk menjadi perdana menteri seterusnya.

“Tetapi cabarannya akan menunjukkan keunggulannya sebagai perdana menteri yang akan datang tanpa tergesa-gesa yang mungkin membuat Dr Mahathir kelihatan seperti tidak berfungsi,” kata Wong.

Beliau berkata rakyat Malaysia, yang sudah mengalami keletihan politik, tidak akan dapat lagi menerima “pertempuran”. Jadi Anwar mesti memainkan peranan sebagai “penstabil”, bukan “pencabar”.

Penganalisis politik dan sosial itu juga berkata perlu ada pembahagian tugas yang jelas antara Dr Mahathir dan Anwar dari sekarang hingga 2020.

“Tidak wujud bakal perdana menteri dalam penyokong kerajaan. Beliau mesti menjadi sebahagian daripada pasukan Dr Mahathir daripada mengkritik kerajaan.”

Tambah Wong, kenyataan balas Anwar terhadap kritikannya setakat ini tidak membantunya kerana beliau perlu memenangi hati rakyat Malaysia, bukan sahaja masyarakat di Port Dickson.

Kembalinya Anwar ke Parlimen menerusi pilihan raya kecil Port Dickson di Negeri Sembilan menerima kritikan daripada masyarakt sivil dan umum.

Penyandang kerusi itu Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi berkenaan untuk memberi laluan kepada Anwar dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan 29 September sebagai hari penamaan calon dan 13 Oktober hari mengundi bag kerusi Parlimen itu.

Tidak kena masa

“Ketika Anwar meninggalkan penjara dengan pengampunan diraja (pada Mei), beliau mengumumkan untuk berehat panjang dan memberi ceramah di luar negara. 

“Semua menjangkakan beliau akan memberi kebebasan penuh kepada Dr Mahathir untuk mentadbir kerajaan. Tetapi beberapa minggu selepas itu, beliau mula bercakap untuk kembali ke arena politik,” kata Faisal. 

Ini menurut Faisal membangkitkan persooalan mengenai motif Anwar, sama ada beliau mahu menjejaskan kestabilan dalam kerajaan baharu dan apa peeranan yang beliau mainkan. 

Pilihan raya kecil Port Dickson juga diadakan kebetulan dengan pemilihan PKR, yang menjadi agak tenang berikutan persaingan naib presiden parti itu Rafizi Ramli mencabar Mohamed Azmin Ali bagi jawatan timbalan presiden.

Pertikaian Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dengan Mohamed Azmin Ali menyebabkan perpecahan dalam parti itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 September, 2018

Rafizi dilihat mempunyai peranan dalam memilih Port Dickson untuk Anwar. Bekas ahli Parlimen Pandan itu menjadikan kempen pilihan raya partinya sebagai missi menjadikan Anwar perdana menteri. 

Faisal berkata kurang ketelusan dalam kemunculan semula Anwar dan keputusan untuk mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson untuk beliau. 

“Kemunculan semula Anwar, kerusi mana, peranannya dan peranan isterinya (timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail) semuanya diselubungi kerahsiaan. Banyak orang, termasuk PKR, mula bercakap.

“Walaupun menurut Anwar Dr Mahathir telah memberi persetujuan, perkara itu tidak dibincangkan secara terbuka dan banyak pandangan berbeza yang tidak dipertimbangkan. 

“Jadi Anwar dikritik dan dilihat sebagai tidak sabar apabila merancang untuk membenarkan Dr Mahathir berkuasa untuk dua tahun.”

Faisal juga berkata lebih baik Anwar menyatukan semula ahli PKR yang berpecah berikutan pertikaian antara Rafizi dan Azmin, berbanding bertanding pilohan raya kecil. 

“Tapi itu tidak penting (baginya). Oleh itu, persepsinya adalah, beliau gila kuasa.” – 21 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • AI memang GILA KUASA, drpd dulu, sekarang dan utk selamanya. Tolak/tumbang AI di PD. Rakyat PD jangan diperbodohkan, tunjuk kuasa RAKYAT. AI memperbodoh RAKYAT PD.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh HI HI · Ulasan