NAJIB Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi bagi berdepan 21 pertuduhan membabitkan duit RM2.6 bilion atau AS$681 juta yang masuk ke akaun peribadinya.
Beliau yang hadir berpakaian sut hitam pada jam 1.47 petang, tiba dengan menaiki kereta Honda Stream berwarna hitam.
Turut muncul di mahkamah adalah peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah yang tiba pada kira-kira jam 2 petang tanpa bercakap kepada pemberita.
Najib kelihatan tenang ketika memasuki bilik Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada kira-kira jam 1.5 petang dengan diiringi puluhan anggota polis.
Najib yang memakai suit berwarna biru gelap dan tali leher biru juga nampak segar walaupun pada malam tadi menginap lokap SPRM di Putrajaya.
Tujuh orang pegawai polis, beberapa orang peguam dan pemerhati dari kedutaan Amerika Syarikat mengambil tempat di belakang kandang tertuduh.
Pendakwaan dijalankan oleh Gopal Sri Ram manaka peguamShafee bertindak mengetuai pasukan pembelaan.
Peguam, Roger Chan pula bertindak sebagai pemerhati Badan Peguam.
Awal hari ini, polis menahan Najib di perkarangan Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Polis menahan Najib, mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA), selepas mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara, kata Noor Rashid.
“Beliau akan dikemukakan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk proses pertuduhan oleh timbalan pendakwa raya di bawah Seksyen 4(1) AMLTFA,” katanya dalam satu kenyataan media.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan Najib setelah bekas perdana menteri itu datang memberikan keterangan di ibu pejabatnya di Putrajaya.
Sementara itu, pihak polis memperketatkan kawalan keselamatan di sekitar kompleks mahkamah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. – 20 September, 2018.
Komen