Wakil rakyat Sabah sokong usaha kembalikan hak Borneo


Jason Santos

Wakil rakyat kerajaan dan pembangkang menyatakan sokongan penuh untuk meminda Perlembagaan Malaysia bagi mengembalikan semula hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 September, 2018.

WAKIL rakyat kerajaan dan pembangkang di Sabah berkemungkinan besar akan menyokong usaha Putrajaya untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menaik taraf status Sabah dan Sarawak supaya jadi rakan setara Semenanjung Malaysia.

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar berkata pindaan itu akan membuka laluan kepada kerajaan persekutuan untuk mengembalikan semula hak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya akan sokong tindakan itu. Saya masih ingat yang status kita diturunkan menjadi salah sebuah daripada 13 negeri oleh kerajaan persekutuan sekitar 70-an.

“Salah untuk bertindak menentang terma asal pembentukan Malaysia pada 1963,” kata wakil rakyat Umno itu.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan Hari Malaysia mengumumkan yang Putrajaya akan mengembalikan semula status kedua-dua negeri Borneo itu kepada asal selepas kajian semula MA63 disiapkan.

Tindakan itu adalah salah satu usaha memenuhi manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir meluahkan kebimbangan yang PH mungkin tidak berjaya meminda perlembagaan bagi memenuhi terma MA63 di Dewan Rakyat kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga.

Ahli Parlimen Keningau Dr Jeffrey Kitingan pula berkata beliau menyokong sepenuhnya usaha mengembalikan hak Sabah.

“Pada mulanya, saya teruja…tetapi saya tak teruja sekarang kerana nampaknya Dr Mahathir hanya bagi banyak alasan untuk mengangguhkan pelaksanaan MA63,” katanya. – 17 September, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen