Penulis 'Billion Dollar Whale' terima gosip sebagai fakta, kata Jho Low 


Bede Hong

Buku yang ditulis oleh wartawan Wall Street Journal, Bradley Hope dan Nicholas T. Wright itu akan berada di pasaran mulai esok. – Gambar Tintabudi Bookshop, 17 September, 2018.

AHLI perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, menyelar buku hasil tulisan wartawan Wall Street Journal (WSJ) dengan menggelarnya sebagai “tulisan yang disertakan dengan dakwaan palsu dan gosip yang diterima sebagai laporan sah”.

Buku bertajuk “Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World”, yang ditulis oleh Bradley Hope dan Nicholas T. Wright itu akan berada di pasaran mulai esok.

Low menjadi topik utama dalam buku tersebut, yang dituduh merompak berbilion ringgit dari dana pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd. 

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web beliau yang baru sahaja dilancarkan, kedua-dua wartawan berkenaan dikritik kerana cuba “mencipta sejarah segera” yang “kebanyakannya mengenai transaksi yang dibuat oleh institusi kewangan global, dana kekayaan berdaulat dan para pengurus 1MDB.”

“Malahan, Encik Low sendiri seperti hilang dari naratif hanya untuk dituduh tanpa sebarang bukti dan bertanggungjawab bag mana-mana dakwaan penipuan yang timbul.

“Tetapi, seperti yang telah dinyatakan oleh The Financial Times (dalam ulasan buku), kisah seperti itu tidak akan melakukan jualan buku atau menarik minat penerbit filem. Jadi, buku ini ditulis dengan dakwaan yang disamar sebagai fakta dan gosip yang diterima sebagai laporan sah.

“Naratifnya dirangka sedemikian rupa bagi membolehkan penulis menulis mengenai selebriti, model dan parti, tanpa menyertakan bukti bagi sebarang tuduhan.” menurut kenyataan itu – 17 September, 2018.

Berita penuh di sini.      


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen