Cadangan pembangkang Sabah ganti Perjanjian Malaysia mustahil, kata Shafie


Jason Santos

Apa yang Umno pernah buat untuk Perjanjian Malaysia?, tanya Ketua Menteri Shafie Apdal hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 16 September, 2018.

DESAKAN Jeffrey Kitingan untuk menggantikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan perjanjian bagaru tidak akan berjaya kerana beliau berpakat dengan Umno, kata Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal hari ini.

Shafie berkata Jeffrey kerap menimbulkan isu hak negeri tetapi tidak pernah berbuat apa-apa mengenainya, dan kini setelah jadi sekutu Umno, mustahil untuknya bertindak.

“Tiada perkara baharu dalam desakan Jeffrey. Apa yang Umno pernah buat untuk Perjanjian Malaysia?

“ Betapa pasti dia (Jeffrey) yang dia boleh realisasikan MA63 sedangkan dia sekarang berpakat dengan parti yang mentadbir negara selama 60 tahun,” katanya kepada wartawan di Kota Kinabalu hari ini selepas pertemuan dengan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Dalam kenyataan sempena Hari Malaysia malam tadi, Jeffrey mencadangkan idea memperbaharui MA63 dengan perjanjian baharu yang boleh menaikkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara Semenanjung Malaysia.

Beliau menyifatkan perjanjian itu sebagai “Perjanjian Kesatuan Malaysia 2020”. – 16 September, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen