Anwar kata Agong percaya beliau tak bersalah


Alfian Z.M. Tahir

Anwar Ibrahim berkata Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V percaya beliau tak bersalah sejak sabitan liwat pertamanya lagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 16 September, 2018.

ANWAR Ibrahim hari ini dalam sebuah forum berkata yang Yang diPertuan Agong sentiasa percaya beliau bersalah sejak sabitan bersalah kes liwatnya yang pertama pada 1999.

Pada satu majlis di Corus Hotel, Kuala Lumpur hari ini, Anwar yang merupakan bekas timbalan perdana menteri sebelum dipecat pada 1998 mendedahkan baginda sendiri memaklumkan perkara itu kepadanya selepas bebas penjara.

“Saya sangat berterima kasih kepada Yang diPertuan Agong kerana beliau bersikap adil. Titahnya ‘beta ampunkan kamu kerana beta yakin kamu tak bersalah. Beta perlu jalankan tugas sebagai raja, untuk hentikan semua ketidakadilan terhadap kamu sejak 1998,” kata Anwar.

Anwar kemudian memberitahu Yang diPertuan Agong: “Tuanku, kenyataan ini sangat serius. Tuanku kata sekarang yang badan kehakiman, pendakwaan Jabatan Peguam Negara, siasatan semuanya menentang saya, untuk memerangkap saya.”

Yang diPertuan Agong menurut Anwar membalas: “Ya, beta beritahu perkara benar. Jika awak mahu, awak boleh beritahu pada syarahan malam ini,” kata Anwar selepas pelancaran buku Dr Syed Husin Ali.

Seminggu selepas Pakatan Harapan menakluk Putrajaya, Anwar diberikan pengampunan penuh oleh Sultan Muhammad V. – 16 September, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen