WABAK batuk kokol dijangka diisytiharkan di Keningau, Sabah selepas dua kes dilaporkan berlaku di situ pada 2 Ogos.
Notis Jabatan Kesihatan Sabah yang tular menunjukkan permohonan pegawai kesihatan Keningau supaya pengisytiharan itu dilakukan.
Dikatakan dua kes itu berlaku di Taman Kota, Kampung Sungai, Keningau.
Batuk kokol adalah jangkitan bakteria di paru-paru yang mudah berjangkit melalui udara tetapi boleh dirawat menggunakan antibiotik.
Usaha untuk mengesahkan notis yang tular itu dengan Pengarah Kesihatan Sabah, Christina Rundi masih tidak membuah hasil ketika laporan ini dikeluarkan.
Pengarah Kesihatan Dr Christina Rundi ketika dihubungi tidak menafikan atau mengesahkan mengenai wabak itu, tetapi berkata surat itu ialah pekeliling dalaman dan bukan untuk makluman masyarakat umum.
Sumber dari Hospital Keningau berkata petanda pertama wabak batuk kokol diketahui pada 8 Julai dan Jabatan Kesihatan Negeri dimaklumkan perkara itu pada 18 Julai.
“Namun ia tidak dapat disahkan sama ada, berlaku kes baharu dilaporkan selepas itu.
“Walaupun wabak diisytiharkan di daerah itu, pengarah mungkin belum menerima kemas kini kes baharu lagi,” kata sumber.
Sumber itu juga mengesahkan beberapa kesilapan ejaan dalam pekeliling dalaman itu, menyatakan wabak itu sebenarnya diisytiharkan pada 19 Julai, menjangkakan ia pada 23 September dan ia sebenarnya 65 hari, bukan 42.
“Pada tahap ini, pegawai perubatan kini turun padang membuat pemeriksaan sama ada berlaku kes baharu atau tidak, menyediakan vaksin kepada mereka yang menunjukkan simptom penyakit itu,” katanya, menambah batuk kokol boleh membawa maut kepada kanak-kanak. – 4 Ogos, 2017.
Komen