PAS serah pada Majlis Syura tentukan kerjasama parti


Chan Kok Leong

Perwakilan PAS pada muktamar tahunannya hari ini sebulat suara meluluskan resolusi Majlis Syura dan pimpinan pusat menentukan hala tuju parti.– Gambar fail The Malaysian Insight Oleh Nazir Sufari, 16 September, 2018

MAJLIS Syura dan pimpinan pusat akan menentukan jenis kerjasama yang akan dijalinkan parti itu dengan parti politik lain. 

Perwakilan PAS pada muktamar tahunannya hari ini sebulat suara meluluskan resolusi untuk membenarkan badan penggubal dasar tertinggi menentukan hala tuju parti Islam itu sebagai pembangkang. 

Walaupun resolusi itu tidak menyebut parti politik mana yang akan dipertimbangkan PAS untuk menjalin kerjasama, adalah selamat untuk mengganggap ia adalah Umno. 

“Tak mengapa untuk kita rapat kepada musuh dalam usaha untuk menarik mereka ke arah Islam,” kata perwakilan Pemuda Afnan Hamidi Taib Azamudden ketika perbahasan di Kuala Terengganu hari ini.

Perwakilan sebulat suara meluluskan resolusi berkenaan di Muktamar PAS ke 64 yang diadakan di Terengganu.  –  Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 September, 2018

Katanya tidak seperti sejarah politik barat, yang hanya berminat dengan populariti, politik Islam adalah tentang membawa orang lain ke arah kebenaran. 

“Kita boleh bekerjasama dengan Umno sekiranya ia turut menerima Islam,” kata Afnan. 

Sebarang kerjasama dengan Umno atau parti lain hanya akan diterima dengan syarat mereka memegang prinsip Islam, katanya. 

Perwakilan Kota Raja Zulkifli Ahmad mahu Majlis Syura menjelaskan hubungan kerjasama PAS dengan parti lain. 

“Teedapat kekeliruan pada pilihan raya kecil Sungai Kandis; tidak cukup maklumat diberikan kepada kami berhubung apa yang patut dilakukan,” katanya.

Bahagian Kota Raja sebelum ini membuat aduan berhubung arahan yang tidak jelas ketika pilihan raya kecil Sg Kandis dan mengkritik arahan kepada ahli PAS untuk mengundi calon Umno. 

“Kita akan percaya kepada penjelasan parti tetapi ia mestilah jelas,” kata perwakilan. 

Perwakilan Sabah Afnan Hamimi Taib Azamudden mahu pemimpin untuk ingat Sabah apabila mempertimbangkan kerjasama politik dengan parti lain. 

“Di Sabah Umno dan Star baru membentuk Gagasan Bersatu Sabah dan dengan PAS agak janggal kerana parti ini tidak ‘mesra’ dengan perjuangan Islam. 

“Jangan lupa dinamik politik Sabah apabila pertimbang untuk jalin kerjasama politik dengan parti lain,” katanya. – 16 September, 2018
Sebahagian daripada perwakilan yang hadir pada Muktamar PAS ke 64 di Terengganu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen