Keputusan mengenai royalti minyak enam bulan lagi, kata Azmin


Jason Santos

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali berkata apa-apa persetujuan mengenai royalti haru mempertimbangkan kelangsungan Petronas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 September, 2018.

KEPUTUSAN pengagihan 20% royalti minyak yang dijanjikan Putrajaya akan mula dilaksanakan dalam tempoh enam bulan, kata Menteri Hal Ehwal Eknonomi Azmin Ali.

Beliau berkata jawantankuasa khas kabinet yang memasukkan wakil-wakil daripada semua negeri yang menghasilkan minyak akan mencari jalan bagaimana untuk memenuhi janji Pakatan Harapan tersebut.

“Kami komited untuk penuhi janji-janji kami, menaikkan royalti minyak daripada 5% kepada 20%. Bagaimanapun kaedah-kaedahnya harus dipersetujui bersama pihak negeri.

“Kami bersetuju untuk 20% namun bagaimana cara untuk melaksanakannya harus mempunyai persetujuan kerajaan-kerajaan negeri mengikut Akta 1974 Kemajuan Petroleum,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat PKR di Penampang hari ini.

Azmin memberitahu hal tersebut dalam sebuah acara PKR yang sebelumnya tidak diberitahu kepada Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal ketika ditemui beliua awal hari ini.

Putrajaya pada waktu ini sedang berbincang dengan kerajaan Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu mengenai pengagihan royalti minyak dalam sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan Azmin.

Proses itu termasuklah mengumpul cadangan-cadangan dan syor-syor daripada kerajaan-kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu royalti tersebut, katanya.

Bantahan mengenai kaedah pengagihan royalti muncul ketika Putrajaya mentafsir pembayaran royalti itu berdasarkan keuntungan, bukan berdasarkan pengeluaran kasar seperti yang difahami pihak negeri.

Azmin turut memberitahu isu royalti itu harus mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, beliau mengulangi kebimbangan dan berkata apa-apa persetujuan akan mempertimbangkan tahap kewangan negara dan kelangsungan Petronas.

“Kami tak mahu, kerana hal ini, Petronas harus menutup operasi kerana gagal membayar 20% royalti minyak berdasarkan keuntungan bersih.

Sementara itu, Azmin mendakwa kerajaan Barisan Nasional yang mengamalkan pemberian kontrak kepada kontraktor yang mempunyai hubungan dengan Umno menyebabkan wujud projek-projek tergendala di sekolah-sekolah negeri itu.

Beliau mengatakan hanya 12% daripada 83 projek yang diberi kepada kontraktor untu membaik pulih sekolah-sekolah usang di Sabah dapat disempurnakan sementara 37 projek lagi disempurnakan Jabatan Kerja Raya Sabah.

“Kegagalan untuk menyempurnakan projek oleh kontraktor yang mempunyai hubungan dengan Umno adalah satu pengkhianatan terhadap masa depan kanak-kanak yang dinafikan akses untuk sebuah pendidikan berkualiti,”ujarnya. – 15 September, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen