KETUA Menteri Sabah Shafie Apdal menyuarakan keperluan bagi Putrajaya memulakan penurunan kuasa federal kepada negeri dalam mesyuarat bersama Menteri Ekonomi Azmin Ali hari ini.
Beliau memaklumkan kepada Azmin proses itu boleh dimulakan di kawasan-kawasan di mana kerajaan negeri mempunyai jentera dan kemampuan untuk mengawalnya.
Memetik kemajuan di Sabah pada waktu ini sebagai contoh, Shafie berkata Jabatan Kerja Raya di Sabah telah dibuktikan mampu melaksanakan projek termasuklah membaik pulih kebocoran dan pelaksanaan projek bertangguh.
“Saya sudah suarakan kerisauan saya dalam aspek menurunkan beberapa kuasa pusat kepada negeri.
“Saya beritahu Azmin ada beberapa kawasan di Sabah di mana rakyat masih memerlukan keperluan asas dan kami memerlukan dana dan kuasa bagi memenuhi keperluan mereka.
“Saya yakin pihak kerajaan negeri mempunyai jentera untuk melaksanakannya, walaupun masih ada beberapa kelemahan di sana sini, namun agensi-agensi kerajaan negeri bekerja siang malam untuk memastikan kemajuan mengenai hal ini,” Kata Shafie kepada pemberita selepas pertemuan lebih sejam bersama Azmin.
Azmin memenuhi jemputan ketua menteri itu sebagai sebahagian lawatan tiga hari ke Sabah sempena perayaan Hari Malaysia malam esok.
Penurunan kuasa adalah sebahagian manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah dalam pilihanraya lalu bagi mengembalikan hak-hak autonomi kepada Sabah.
Sebagai permulaan, kerajaan Sabah yang dipimpin Warisan telah menubuhkan dua kementerian iaitu, Kementerian Pendidikan dan Inovasi dan Kementerian Kesihatan dan Kesihatan Mental.
Namun, kedua-dua kementerian itu tidak mempunyai dana yang cukup ekoran Putrajaya yang menangguhkan penganugerahan 205 royalti minyak dan 50% perkongsian hasil yang juga merupakan antara manifesto PH.
Shafie berkata kewujudan dua kementerian itu bukan sebagai ganti kementerian-kementerian pusat di samping mengatakan pihak kerajaan pusat dan negeri masing-masing bersetuju utnuk menyelesaikan peranan dan funsi yang bertindan antara kementerian secepat mungkin
“Kerajaan pusat dan negeri mahu selesaikan masalah rakyat secara objektif supaya rakyat selesa.
“Walaupun ada beberapa isu, saya yakin di bawah kerajaan Warisan, kita akan dapat atasinya bersama PH,” ujarnya.
Penurunan kuasa juga pernah dilaksanakan sewaktu pentadbiran Barisan Nasional namun menghadapi kritikan prosesnya mengambil masa yang lama untuk disempurnakan.
Di akhir pentadbiran BN, kerajaan hanya mampu selesaikan 90% kekurangan guru tempatan dalam sektor pendidikan Sabah, namun masih mempunyai penguasaan terhadap portfolio pendidikan negeri.– 15 September, 2018.
Komen