Belia Orang Asli rasai pengalaman pertama sertai acara sukan antarabangsa


Looi Sue-Chern

Belia seramai 18 orang yang berusia 17 hingga 30 tahun, terpilih sebagai sukarelawan dalam acara Asia Pacific Masters Games (APMG) 2018 anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk mendedahkan masyarakat Orang Asli kepada acara kebangsaan dan antarabangsa. – Gambar The Malaysian Insight, 15 September, 2018.

BUAT pertama kali dalam hidup mereka, sekumpulan belia Orang Asli merasai peluang yang jarang diperolehi iaitu menjadi sebahagian daripada acara Asia Pacific Masters Games (APMG) 2018 yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Belia seramai 18 orang yang berusia 17 hingga 30 tahun, terpilih sebagai sukarelawan dalam acara tersebut sebagai inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk mendedahkan masyarakat Orang Asli kepada acara kebangsaan dan antarabangsa.

Kebanyakan belia Orang Asli ini tidak pernah menyertai acara antarabangsa atau menjadi sukarelawan.

“Saya tak pernah tahu mengenai APMG sebelum ini,” kata Izwan Long dari suku kaum Jakun di Pahang.

“Apa maksud sukarela pun saya tak tahu, atau apa yang sukarelawan buat.”

Izwan yang berusia 25 berasal dari Kg Jemer di Rompin dan mebuat kerja-kerja rencam di kampung, berkata beliau gembira dengan pendedahan yang diberikan.

“Saya mahu pengalaman baru, jadi saya gembira dapat menyertainya. Saya juga dapat berjumpa dengan sukarelawan dari negara lain.

“Pengalaman yang menarik. Kalau ada lagi peluang jadi sukarelawan, saya nak sertai lagi,” katanya.

Izwan Long (kanan) dari suku kaum Jakun di Pahang gembira dengan pendedahan yang diberikan. – Gambar The Malaysian Insight, 15 September, 2018.

Kesemua sukarelawan Orang Asli ini - 12 wnita dan 6 lelaki - dari pelbagai suku kaum -  Semai, Jahut, Jakun dan Temua. Mereka datang dari lain-lain kampung tetapi kebanyakannya dari Pahang.

Bagi Suhaila, 17, gadis suku Jahut dari Kg Sungai Mai, Jerantut, beliau begitu seronok menyertai APMG.

“Sangat menyeronokkan. Ini pengalaman sangat baru untuk saya.

“Penganjur melayan kami dengan baik dan mengajar kami macam-macam benda,” katanya.

Bagi Ronizul Adam, 33, yang menjadi penyelaras kumpulan Orang Asli dan memakai maskot APMG - kucing kelabu bernama “Cun” - beliau juga berkata pengalaman ini adalah yang pertama baginya.

“Menjadi sukerelawan di APMG adalah pengalaman baru bagi saya. Saya juga dapat jumpa dan mengenali penganjur serta pegawai dari Pulau Pinang dan kerajaan Persekutuan,” katanya yang berketutunan suku Temuan-Semalai dari Semenyih.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong, idea disebalik menaja belia Orang Asli ini dan membawa mereka keluar dari kampung masing-masing serta memberi mereka pengalaman menyertai acara sukan antarabangsa adalah untuk merealiasasikan idea Malaysia Baharu kepada semua rakyat.

Bagi Ronizul Adam (kiri) yang menjadi penyelaras kumpulan Orang Asli dan memakai maskot APMG - kucing kelabu bernama

“Kerajaan ini adalah mengenai keterangkuman. Kita mahu libatkan belia dari semua lapisan masyarakat, termasuk masyarakat minoriti seperti Orang Asli dalam program kebangsaan kita.

“Janganlah hanya libatkan mereka apabila ada program berunsurkan budaya. Masayrakat minoriti ini bukannya objek pameran,” katanya.

Pada acara APMG itu juga, Sim berkata belia Orang Asli tersebut turut menyertai rakyat Malaysia lain sebagai sukarelawan dan mereka diberikan beberapa latihan.

“Mereka memperoleh pengalaman pembelajaran yang berharga, kemahiran dan pengetahuan baru, malah mendapat kawan-kawan baru.

“Ini pertama kali pertama dilakukan. Kita mahu inisiatif ini diteruskan, diperluaskan dengan melibatkan lebih banyak komuniti dan merangkumi pelbagai program,” beliau memberitahu The Malaysian Insight.

APMG Pulau Pinang adala acara Masters Games yang pertama dianjurkan di Asia. Ia menampilkan 22 acar sukan yang disertai oleh atlit-atlit dari 65 negara. Acara ini bermula pada 7 September dan akan berakhir hari ini. – 15 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen