PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Ringgit Malaysia berada di bawah nilai berbanding di negara lain.
“Saya rasa (ringgit) kurang nilai,” katanya kepada pemberita pada sidang media hari ini.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata matawang semakin kukuh sejak beberapa bulan lalu berbanding negara lain seperti Argentina dan Turki.
“Ringgit semakin kukuh hari ini. Semua matawang kini susut nilai. Yang lain lebih banyak menyusut berbanding kita,” katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata ini kerana “perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat” yang sedang berlaku.
Dr Mahathir juga berkata kerajaannya akan mengalu-alukan pelabur asing dengan syarat mereka meletakkan keutamaan dari segi peluang pekerjaan dan pelaburan kepada rakyat Malaysia.
“Kami mengalukan pelabur asing tetapi mereka perlu datang dengan modal dan teknologi menubuhkan loji di sini dan menggunakan tenaga buruh tempatan dan kalau boleh pengurusan Malaysia. Sekiranya mereka patuh dengannya mereka akan dialu-alukan,” katanya.
__full.jpg)
Bekas perdana menteri Najib Razak menegaskan mengenai kedudukan ringgit minggu ini berhubung kenyataan sekiranya Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional, nilai ringgit akan naik.
Bekas menteri kewangan itu menambah walaupun banyak dakwaan terhadap pentadbirannya, kerajaan BN masih mampu membuatkan ringgit kompetetif.
Najib juga menekankan bahawa tidak seperti Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang menambat ringgit semasa tempoh pertamanya pada tahun 1998, beliau tidak akan melakukannya kerana ia akan menghalang pertumbuhan ekonomi negara. – 14 September, 2018
Komen