DAKWAAN jenayah terhadap Muhammad Shafee Abdullah hari ini memberi risiko kepada tugasnya sebagai peguam bela Najib dalam kes SRC International yang berpotensi mebawa kepada konflik kepentingan bagi kedua-dua kes, kata peguam Sankara Nair.
Peguam Umno itu minta dibicarakan atas empat pertuduhan pengubahan wang haram dan kesalahan cukai di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001 berhubung dua bayaran yang diterima pada 2013 dan 2014 berjumlah RM9.5 juta.
“Ia akan menjadi perkara rumit kepada beliau..terutamanya dalam locus sebagai peguam pembelaan Najib kerana transaksi itu berkait dengan 1MDB. Terdapat juga beberapa konflik kepentingan,” kata Sankara, yang mewakili pemimpin PKR Anwar Ibrahim dalam dua perbicaraan liwat.
Najib didakwa oleh penyiasat Amerika Syarikat menerima RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya sebelum pilihan raya umum pada 2013. Bekas perdana menteri itu kini berdepan perbicaraan berhubung dakwaan salah laku melibatkan RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International, iaitu anak syarikat kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Anwar pernah berkata, beliau menerima afidavit oleh seorang pegawai Jabatan Peguam Negara bahawa wangnya adalah dari Najib ketika beliau adalah perdana menteri.
__full.jpg)
“Saya mengesyaki kesalahan predikat bermula dengan RM2.6 bilion 1MDB maka AMLA tercetus secara automatik kepada sesiapa sahaja yang dibayar dengan wang berasal dari RM2.6 bilion,” kata Sankara.
“Itu sebabnya akaun Shafee dibekukan dan saya pasti individu lain yang menerima sebahagian daripada RM2.6 bilion itu juga dibekukan akaunya,” tambahnya.
Namun peguam Umno itu boeh terus mewakili Najib dalam prosiding jenayah SRC Internationalnya, atau mana-mana prosising melibatkan 1MDB di masa akan datang, kata peguam Lim Wei Jiet.
“Lagipun, semua tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah - sehingga beliau belum disabitkan kesalahan dan dihukum penjara, beliau berhak menjalankan tugas profesionalnya dan menyara hidup sebagai peguam.”
Tiada pendakwaan difailkan terhadap Najib berhubung 1MDB.
Hakim Azura Alwi membenarkan ikat jamin RM1 juta kepada Shafee hari ini. – 13 September, 2018
Komen