PEGUAM Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa atas empat pertuduhan pengubahan wang haram dan kesalahan cukai berkaitan bayaran RM9.5 juta yang diterimanya empat tahun lalu, mendakwa pihak pendakwaan juga berhasrat mendakwa Najib Razak atas kesalahan yang sama.
Shafee didakwa menerima RM9.5 juta daripada Najib, yang dipercayai diperoleh secara haram daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Saya dengar khabar angin mereka mahu mendakwa Datuk Seri Najib dan saya bersama bagi tuduhan RM9.5 juta (pendakwaan pengubahan wang haram), jadi ia adalah perbicaraan bersama,” kata Shafee kepada pemberita di kompleks mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.
“Saya dengar khabar angin. Kamu tahu khabar angin di Malaysia biasanya betul.
“Mereka mahu berbuat demikian (untuk) saya tidak boleh jadi peguam bela untuk membelanya (Najib) dan membela diri saya. Namun itu tidak akan berlaku kerana kami ada startegi sendiri jika perkara itu berlaku.”
Peguam Umno itu hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan pengubahan wang haram dan kesalahan cukai berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001. Beliau mengaku tidak bersalah.
Shafee berkata pihak pendakwaan terburu-buru denan tidak membenarkan penyiasat melengkapkan siasatan mereka.
“Saya perlu beritahu kamu sesuatu yang agak mengejutkan. Datuk Seri Najib diminta hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk berikan kenyataan mengenai RM9.5 juta. Hanya beliau saksi yang boleh enyokong dan menafikan dakwaan saya kerana beliau yang berikan kepada saya.
“Saya dibawa hari ini tanpa kelebihan kenyataan Datuk Seri Najib kerana (ia) dibatalkan. SPRM kata mereka akan fikirkan hari lain.
“Apa maknanya? Maknanya siasatan tidak lengkap. Kamu tidak mahu mendengar apa yang Datuk Seri Najib nak cakap, sama ada beliau katakan ya, ‘saya dah dokumen ini, yang kononnya dari Shafee. Atau ya, ini adalah tandatangan beliau’.
“Sama ada sokong saya atau sebaliknya, siasatan tidak lengkap, mengapa kamu fikir mereka dakwa saya hari ini.”
Shafee berkata seorang penyiasat adil dan Peguam Negara akan berkata: “biarkan saya melihat ini.” Saya mungkin hanya dapat melihat pembelaan yang wajar yang mereka ada. “
Peguam itu menegaskan bahawa pihak berkuasa hari ini terbburu-buru untuk mendakwanya.
Katanya, belau akan terus bertindak sebagai peguam Najib kerana beliau masi belum disabitkan kesalahan. – 13 September, 2018
MENYUSUL LAGI
Komen