Pengundi Port Dickson berbelah bahagi tentang Anwar


Gan Pei Ling

KEPUTUSAN bakal presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson mengejutkan penduduk tempatan di bandar pelancongan itu dan mencetuskan pelbagai reaksi.

Masyarakat bukan Melayu di sini percaya Anwar pasti menang kerusi itu sementara pengundi Melayu yang ditemui masih berbelah bahagi.

Port Dickson mempunyai 75,212 pengundi berdaftar setakat Mei, dengan Melayu membentuk 43%, Cina 33% dan Indian 22%.

“Orang baru seperti Danyal menang dengan majoriti besar dalam PRU14. Inikan pula Anwar, bakal perdana menteri,” kata pemimpin cawangan MIC tempatan ketika ditemui di sebuah restoran di Lukut.

Lukut salah satu daripada lima kawasan DUN di bawah Port Dickson. Pada 9 Mei, calon PKR, Danyal Balagopal Abdullah memperoleh 36,225 undi untuk menewaskan V Mogan daripada MIC (18,515 undi) dan PAS (6,594 undi) untuk mengekalkan kerusi itu untuk PKR.

Pemimpin MIC itu berkata hanya penyokong tegar MIC, yang kebanyakannya warga emas, akan masih mengundi untuk Barisan Nasional (BN).

“Port Dickson kubu kuat MIC sehinggalah 2008 tetapi sekarang sudah berubah. Kebanyakan orang yang satu tahu kini penyokong Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Anaknya, Raj yang baru berusia 21 tahun ini, berkata kebanyakan rakan sebayanya masih teruja dengan kerajaan baharu PH.

The MIC leader said only diehard MIC supporters, most of whom are senior citizens, will still vote for Barisan Nasional.

“Ini akan menjadi pengalaman pertama mereka mengundi. Ini Anwar. Beliau pemimpin pembangkang yang sangat bagus. Mereka yang bekerja di luar, mungkin akan balik untuk melihat dan mengundinya,” kata Raj.

Penyandang kerusi Parlimen Port Dickson Danyal Balagopal Abdullah menghadiri sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 September, 2018.

Seorang pemilik restoran yang mahu dikenali sebagai Cheok, 62, berkata beliau yakin Anar akan menang dengan majoriti lebih besar berbanding Danyal.

“Ini laluan untuknya menjadi perdana menteri. Ia bukan pembaziran wang,” katanya.

Bagaimanapun, Roziah seorang penjaja berhampiran terminal bas Port Dickson berkata beliau menyokong Mohamad Hasan jika bekas menteri besar Negeri Sembilan itu bertanding melawan Anwar.

“Tok Mat (nama mesra Mohamad) baik pada kami. Kami akan sokong Umno. Kami undi PH kerana (bekas presiden Umno) Najib rasuah,” katanya.

Kebanyakan rakan penjajanya seperti Rahmat Hullah, 43, berkata mereka tidak kisah Anwar bertanding di Port Dickson tetapi enggan memberitahu parti mana yang akan disokong.

Seorang penyokong PAS yang juga penjaja, dengan hanya mahu dikenali sebagai John, berkata Anwar sudah lama menanti untuk menjadi perdana menteri.

“Kasihan dia lama menunggu. Biarlah dia. Tetapi dia perlu penuhi semua manifesto pilihan raya dan mansuhkan tol,” katanya. – 13 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen