Kementerian Kewangan masih sasar harga Internet lebih rendah


Bede Hong

Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah ketika melancarkan laporan Bank Dunia mengenai ekonomi digital Malaysia hari ini berkata, peningkatan penggunaan teknologi maklumat dan teknologi komunikasi akan meningkatkan daya saing dalam ekonomi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 12 September, 2018.

KERAJAAN komited untuk mengurangkan harga Internet sambil memastikan ia berkelajuan lebih tinggi dan mempunyai kualiti perkhidmatan yang lebih baik, kata Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah.

Amiruddin ketika melancarkan laporan Bank Dunia mengenai ekonomi digital Malaysia hari ini berkata, peningkatan penggunaan teknologi maklumat dan teknologi komunikasi akan meningkatkan daya saing dalam ekonomi.

“Berita baiknya, menurut laporan Bank Negara (Merungkaikan Masa Hadapan Ekonomi Digital Malaysia: Peluang, Cabaran dan. Tindak Balas Dasar), jika Malaysia boleh mengalih ekonominya kepada status ‘front-runner’ - satu liga dengan Amerika Syarikat, Estonia, Korea Selatan, Jepun dan Singapura - Malaysia boleh menjana pertumbuhan tambahan ketara antara AS$100 bilion (RM415 bilion) hingga AS$136 bilion setahun menjelang 2025,” kata beliau.

“Berita buruknya, atau yang sebaliknya pula, menurut laporan sama, Malaysia perlu menumpukan segera kepada tiga keperluan, iaitu jalur leabr yang pantas dan berpatutan, bakat yang disesuaikan untuk perkembangan digital bagi graduan dan pekerja mahir, serta penggunaan digital yang tinggi dalam kalangan pengguna dan perniagaan.”

Hadir sama pada pelancaran tersebut ialah Pengarah Bank Dunia bagi Malaysia , Mara Warwick, yang berkata walaupun talian Internet adalah pada sekitar 80%, kurang daripada separuh firma perniagaan Malaysia mempunyai akses perkhidmatan jalur lebar, iaitu hanya 18% mempunyai laman web.

“Tahap penggunaan digital oleh perniagaan adalah jauh daripada purata bagi negara berpendapatan sederhana dan tinggi di seluruh dunia,” kata Warwick. – 12 September, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen