GEMPA bumi berukuran 2.8 berlaku di Keningau pada jam 11.44 malam tadi.
Penduduk mendakwa mereka merasai gegaran lemah sebanyak dua kali, tetapi ia tidak sampai mencetuskan kekecohan.
“Ia tidak menakutkan…kami hanya duduk dalam rumah ketika gegaran itu mengegarkan rumah,” kata Mic, seorang penduduk berhampiran bandar Keningau.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan menyebut yang gempa bumi dengan titik gempa sedalam 10km itu berlaku di timur daerah itu, hampir 22km dari Sipitang.
Jabatan Pertahanan Awam menghantar pasukannya untuk melakukan pemeriksaan di kawasan tersebut bagi mengesan sekiranya berlaku sebarang kerosakan.
Dilaporkan tiada kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa berlaku. – 3 Ogos, 2017.
Komen