AHLI Parlimen Port Dickson Danyal Balagopal Abdullah mengatakan dia secara sukarela memberi lalu kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi yang disandangnya.
“Setelah saya berbincang dengan pimpinan parti, Anwar ambil keputusan terima tawaran saya dan memilih PD untuk bertanding
“Saya dengan ini meletakkan jawatan saya sebagai ahli parlimen serta merta,” katanya kepada pemberita dalam sidang media hari ini di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Dia turut mengatakan keputusan itu dimaklumkan kepada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.
“Mereka berdua menerimanya dan beritahu akan memaklumkan kepada Anwar.
“Kemudian saya mengadakan beberapa mesyuarat bersama Anwar yang akur untuk menerima tawaran saya untuk bertanding di PD.” Katanya.
Keputusan Danyal itu membuka laluan untuk Anwar bertanding dan memenangi tempatnya di Dewan Rakyat. Anwar harus kembali ke Parlimen sebelum beliau dapat menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dalam masa dua tahun lagi.
Danyal, seorang bekas tentera laut adalah calon kejutan PKR pada saat akhir pencalon PRU 14 di satu-satunya kerusi parlimen Negeri Sembilan.
Beliau memenangi kerusi itu yang sebelum ini dikenali sebagai Teluk Kemang dengan majoriti 11,116 mengalahkan calon MIC VS Mogan serta calon PAS Mahfuz Roslan.
Danyal turut berkata beliau tidak akan mengkhianati pengundi Port Dickson dan akan terus berkhidmat untuk rakyat kawasan itu.
“Perkataan pengkhianat itu kasar sangat. Saya berkempen di kawasan saya lebih dari setahun setengah.
“Saya tak akan tinggalkan rakyat, saya akan terus tinggal di Port Dickson dan menjadi mata dan telingan Anwar di kawasan itu,” kata beliau lagi.
Ahli parlimen pertama kali itu meletakkan jawatannya awal hari ini turut mengatakan rakyat Port Dickson harus bangga Anwar akan menjadi perdana menteri dari kawasan mereka.
“Tak ada, ini yang cantiknya menjadi ahli PKR,” jelas Saifuddin.
Dengan jumlah keseluruhan 61,000 pengundi, Port Dickson memiliki jumlah pengundi kelima terbesar dalam Negara yang menyumbang 9.44% pengundi dari kawasan itu.
Kerusi tersebut yang mempunyai komposisi kaum terdiri daripada 43% Melayu, 33% Cina dan 22% India memberikan margin 18.12% kemenangan untuk PKR. – 12 September, 2018.
Komen