Adakah pemikiran di universiti tempatan cukup kritikal?


Mustafa K. Anuar

PERBALAHAN antara aktivis pelajar dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru-baru ini berhubung pelantikan Menteri Pendidikan Maszlee Malik sebagai presidennya kelihatan seperti mencadangkan bahawa pemikiran kritikal dalam kalangan ahli akademik mungkin dalam keadaan kritikal.

Malah, ia membawa kepada persoalan kenapa ahli akademik terbabit diberikan tugas untuk mengajar subjek pemikiran kritikal sedangkan pemikirannya sendiri tidak kritikal.

Akademik UIAM Abdul Naser Abdul Rahman mengkategorikan pelajar yang protes itu sebagai “lembu” kerana mengadakan bantahan terhadap Maszlee – bukannya berdebat dengannya berkenaan isu itu.

Walaupun berdebat dan berbincang mengenainya, adalah sebahagian daripada budaya akademik dan kebebasan bersuara, malah Maszlee sendiri didakwa menyokong perdebatan, mengadakan protes juga sah dan sebahagian daripada proses demokratik.

Protes jalanan lebih jelas dan memberi kelebihan untuk mendapatkan perhatian media dan masyarakat umum, terutama berkenaan isu yang sepenting pelantikan Maszlee, di mana pelajar dan pihak lain melihatnya sebagai bakal memberi implikasi konflik kepentingan.

Demonstrasi jalanan adalah sebahagian daripada politik pelajar yang sepatutnya termaktub dalam rangka kerja lebih besar untuk autonomi universiti.

Aktivis pelajar Asheeq Ali bertanya soalan yang sah dan perlu diselidik: kenapa ahli akademik seperti Naser tidak kecoh ketika ahli akademik lain sengaja atau tidak, menuruti kehendak ahli politik tertentu yang bertentangan dengan kepentingan pelajar dan universiti berkenaan.

Ahli akademik UIAM Abdul Naser Abdul Rahman mengkategorikan pelajar yang mengadakan bantahan pelantikan Maszlee Malek sebagai “lembu”. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 September, 2018.

Sebelum ini, ahli akademik tertentu tidak ragu-ragu untuk bercakap tentang sokongan kepada ahli politik tertentu hingga menjejaskan kebebasan dan kecemerlangan akademik, dan kepentingan kolektif institusi akademik di negara ini.

Maka, kebimbangan pelajar ini dan ahli akademik lain bahawa pelantikan politik seumpama itu di UIAM akan membawa kepada kesan buruk, di mana ia kemudian akan menjadi contoh tidak baik untuk institusi akademik lain.

Episod ini juga mencetuskan satu lagi persoalan: adakah pengajaran “pemikiran kritikal” di universiti awam boleh dipertikaikan sama seperti yang diajar di UIAM? Jika begitu, maka pencarian jiwa diperlukan serta-merta di institusi berkenaan.

Pengajaran berkesan bagi subjek itu memerlukan analisis kritikal tentang banyak perkara dalam kehidupan, termasuk situasi teruk di luar kampus. Realiti tentang masyarakat lebih besar sepatutnya bahan pengajaran yang dapat mengusik minda pelajar.

Kita tidak dapat memberi penekanan yang cukup tentang pentingnya pemikiran kritikal terutama dalam kalangan pelajar kerana ia memberi kesan mendalam terhadap kerjaya masa depan mereka, dan yang paling penting, masa depan negara.

Paling kurang pun, kita tidak mahu pelajar menjadi kumpulan masyarakat yang mudah dibawa ke dalam pemikiran sempit dan taksub, atau melakukan sesuatu tanpa refleksi kritikal.

Cukup menakutkan apabila tidak lama dulu, seorang ahli akademik di universiti awam di utara semenanjung mengakui secara terbuka beliau mudah terpengaruh dengan buku yang dibacanya, dan akibatnya beliau bertegas mahu buku itu diharamkan.

Respons terkejut kita itu mungkin mendorong kepada tanggapan tidak tepat bahawa semua ahli akademik di universiti awam lebih kritikal dan lebih pandai berbanding sesetengah daripada pelajar mereka.

Tidak ada yang lebih kritikal daripada meningkatkan pemikiran kritikal di kampus. – 12 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen