Rehda Pulau Pinang sasar turun harga rumah


Looi Sue-Chern

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Pulau Pinang, Toh Chin Leong (dua dari kanan) berjabat tangan dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada sidang akhbar di Pusat Konvensyen Spice di Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 11 September, 2018.

PEMAJU Pulau Pinang akan dinasihatkan supaya mengruangkan harga rumah selepas kos pembinaan diturunkan susulan penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Pulau Pinang, Toh Chin Leong, penjimatan kos yang dinikmati pemaju di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang baharu juga harus dikongsi bersama pembeli.

Beliau berkata Rehda Pulau Pinang akan memberitahu ahli-ahlinya supaya mengurangkan 10% daripada harga keseluruhan unit kediaman.

“Kami berharap dapat mengurangkan harga keseluruhan sebanyak 10%,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Konvensyen Spice di Pulau Pinang hari ini.

Pengurangan sebanyak 10% ini hanya melibatkan kediaman berharga RM300,000 ke atas.

Bagu unit kediaman mampu milik pula, Toh berkata Rehda Pulau Pinang akan cuba menurunkan harga sebanyak 6%.

Sebelum pemansuhan GST, kos tambahan akibat cukai itu dikenakan terus oleh pemaju kepada pembeli.

Toh berkata penguatkuasaan SST disambut baik oleh pemaju kerana kerajaan telah mengecualikan perkhidmatan pembinaan dan beberapa bahan utama binaan seperti pasir, batu, simen serta konkrit tidak lagi dikenakan cukai. – 11 September, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen